Hukum Mengambil Berkat Dengan Peninggalan Nabi (Tabarruk)
Madinah Munawwarah
Administrator
Madinah Munawwarah
- Posts: 1
- Thanks: 0
Hukum Mengambil Berkat Dengan Peninggalan Nabi (Tabarruk)
10 months 4 weeks ago
Sesiapa yang mengatakan tabarruk dengan rambut Nabi ﷺ dan barang peninggalan Nabi ﷺ sebagai bidaah atau syirik atau sesat, maka orang yang mengatakan demikian telah kufur dan lebih sesat lagi. Orang ini mengingkari hadis Sahih. Sekalian banyaknya hadis-hadis sahih dalam Sahih Bukhari dan Sahih Muslim bahawa:
Dari Sahih Bukhari dan Sahih Muslim. Belum termasuk riwayat dari kitab-kitab hadis lain seperti Sunan Tirmidzi, Musnad Ahmad, Sunan Ibnu Majah, Muwatha’ Imam Malik dan lain-lain.
- Para sahabat berebut-rebut menadah air wudhuk yang jatuh dari anggota tubuh Rasulullah ﷺ, untuk mendapatkan keberkatan baginda. (Sahih Bukhari, no 186).
- Malah mereka yang tak dapat air wudhuk baginda, mereka ambil pulak dari sahabat lain yang dapat dari Nabi saw. (Sahih Bukhari, no 369 & 5521)
- Rasulullah ﷺsendiri apabila mencukur rambutnya ketika Haji Wada’, haji terakhir baginda, baginda memberi pada seorang sahabat, dan baginda menerintahkannya agar diagih-agihkan kepada sahabat lain. (Hadis Muttafaqun ‘Alaih – Sahih Bukhari & Sahih Muslim, no 2298)
- Seorang sahabat meminta dari Rasulullah ﷺ satu kain yang baru sahaja dihadiahkan oleh seorang wanita kepada baginda. Sahabat yang lain marah, sebab sahabat yang mintak tu takde adab, tapi sahabat tu cakap dia nak keberkatan kain tu je sebab pernah disentuh Nabi. (Sahih Bukhari, no 5689)
- Asma binti Abu Bakar menjadikan jubah Rasulullah ﷺ sebagai ubat, dicelupkan jubah baginda ke dalam air dan diberi minum orang-orang sakit dan TIDAK ADA seorang sahabat pun mengingkari perbuatan beliau, dan perbuatan ini dilakukan selepas baginda wafat. (Sahih Muslim 2069 & 3855)
Imam Nawawi ketika menyebutkan hadis tabarruk dengan jubah Nabi ﷺ di dalam Syarah Sahih Muslim, setelahnya beliau berkomentar: “Dan di dalam hadis ini merupakan dalil atas dianjurkan bertabarruk dengan bekas-bekas (peninggalan) orang-orang soleh dan pakaian mereka“. - Rasulullah ﷺ menjadikan air liur orang mukmin sebagai penawar bagi penyakit suatu kaum di kalangan Muslim. (Sahih Muslim, no 5413)
- Seorang sahabat meminta Rasulullah ﷺ solat di dalam rumahnya satu kali, supaya dia boleh mendapatkan keberkatan untuk beliau membuat musolla (tempat solat) di tempat sama Rasulullah ﷺ solat. Baginda siap tanya pada sahabat tu “Dimana kamu mahu aku bersolat?” (Sahih Bukhari, no 1130)
- Rasulullah ﷺ berdoa di Maqam Ibrahim (tempat Nabi Ibrahim berdoa) sebagai bertabarruk dengan kedudukan Nabi Ibrahim, dan Allah memuji baginda dalam surah Ali Imraan ayat 97.
- Sayyiduna Umar selepas ditikam di perut, beliau meminta seorang sahabat agar meminta kebenaran dari isteri Nabi ﷺ untuk dikebumikan di sebelah maqam baginda dan Abu Bakar. Beliau berkata “tidak ada yang lebih ku pentingkan berbanding mendapatkan tempat pembaringan itu”. (Sahih Bukhari, no 1328)
- Sahabat-sahabat Nabi (khususnya Abu Muslim) jika bermusafir akan solat sunat di tempat-tempat yang Nabi ﷺ pernah solat, untuk mengambil keberkahannya. (Sahih Bukhari, no 469).
- Sahabat Nabi ﷺ yang masih kecil minum bekas air wudhuk Nabi ﷺ dan melihat khatamun nubuwwah di belakang tubuh Nabi ﷺ. (Sahih Bukhari, no 2345)
- Sahabat Nabi ﷺ, Ubaidah berkata jika dia memiliki rambut Nabi ﷺ, itu adalah yang lebih baik dari dunia dan segala isinya. (Sahih Bukhari, no 168)
- Anas bin Malik menyimpan peluh Nabi ﷺ di dalam botol minyak wangi dan menyimpan rambut baginda. Beliau meminta untuk ditanamkan bersama peluh dan rambut baginda ketika matinya. (Sahih Bukhari, no 5925)
- Para sahabat bertabarruk dengan kahak/air ludah Nabi ﷺ, riwayat dari Urwah (Fathul Bari, jilid. 5, hlm. 341)
- Para sahabat dan isteri Nabi ﷺ menggunakan rambut baginda untuk merawat penyakit ain yang menimpa penduduk Madinah selepas kewafatan Nabi ﷺ. (Fathul Bari, jilid. 10 hlm. 353)
- Sahabat merawat sakit mata dengan ludah Nabi ﷺ (Sahih Muslim, no 4423)
Dari Sahih Bukhari dan Sahih Muslim. Belum termasuk riwayat dari kitab-kitab hadis lain seperti Sunan Tirmidzi, Musnad Ahmad, Sunan Ibnu Majah, Muwatha’ Imam Malik dan lain-lain.
The topic has been locked.
Time to create page: 0.120 seconds